Monday, April 9, 2007

Perbezaan Perspektif (merangkumi penerimaan, pandangan dan gaya hidup) Individu Lingkungan Dewasa Pertengahan di Barat dan di Malaysia Secara Rambang.

Secara rambang, diperhatikan berdasarkan kajian lepas di barat dan juga pemerhatian kami terhadap individu dewasa pertengahan di Malaysia, terdapat perbezaan berkenaan penerimaan dan cara hidup yang diamalkan. Perbezaan tersebut tidaklah begitu ketara memandangkan setiap individu di dunia ini mengalami tempoh hayat yang lebih kurang sama dan juga sudah menjadi fitrah manusia dijadikan sedemikian rupa untuk melalui peringkat-peringkat atau pola-pola tertentu di dalam kehidupan. Perbezaan yang dapat dinyatakan di sini adalah berdasarkan budaya (culture), corak pemakanan, gaya hidup (life style), latar belakang kerjaya dan pendidikan, serta amalan kepercayaan atau agama (belief).
Tempoh dewasa pertengahan adalah tempoh transisi iaitu tempoh seseorang individu itu mengalami perubahan dari muda kepada tua. Perubahan pola hidup ini sememangnya memberi implikasi yang besar kepada setiap diri individu yang mengalaminya. Walaubagaimanapun, penerimaan setiap individu adalah berbeza samada menerima pola hidup baru tersebut dengan tenang atau sebaliknya. Berdasarkan perkembangan dewasa pertengahan, peringkat ini merupakan peringkat seseorang individu itu mencapai kemuncak dalam kerjaya, dan penurunan dalam hubungan intim atau hubungan sosial. Terdapat pelbagai cara bagi individu dewasa pertengahan melalui tempoh masa ini, samada menerima dengan terbuka atau menafikannya. Penafian terhadap usia ini jelas melalui cara atau gaya hidup seseorang. Penafian dilakukan dengan menjalani kehidupan seperti orang muda dengan mengenakan pakaian yang 'funky' dan ‘trendy’, mencari pasangan muda, mendapatkan produk-produk kesihatan dan juga mendapatkan rawatan kecantikan. Keadaan tersebut berlaku di Malaysia dan juga di barat, namun dapat diperhatikan ada perbezaan ekoran budaya, pendidikan dan juga kepercayaan.
Diperhatikan bahawa, penerimaan terhadap pola kehidupan dewasa pertengahan adalah berbeza-beza. Bagi individu yang berkerjaya dan berpendidikan tinggi, isu utama yang menjadi konflik dalam diri mereka adalah prestij dan keterampilan fizikal serta keupayaan kognitif mereka. Walaupun, tempoh ini merupakan tempoh kemuncak bagi mereka dalam kerjaya, namun telah berlaku pengesotan keupayaan mereka dalam reproduksi dan daya kognitif. Kekuatan fizikal juga telah berkurangan. Keadaan ini menimbulkan konflik dalam diri mereka bahawa mereka sudah tua dan kurang menarik. Bagi menafikan kekurangan tersebut, mereka akan mencari pasangan yang lebih muda bagi memperbaiki ‘harga diri’ mereka. Sebagai kesan, ia akan menimbulkana kembali semangat dan prestij sebagai seseorang individu yang ‘berguna’, berperanan dan bahawa mereka masih lagi mampu menarik perhatian orang lain (jantina yang berbeza). Di Malaysia diperhatikan, terdapat ramai individu lelaki dewasa pertengahan yang berjaya dan berkedudukan tinggi mencari dan mengahwini pasangan yang lebih muda walaupun mereka sudah berumahtangga dan mempunyai anak. Keadaan inilah yang menjadi punca kepada kecurangan, perceraian atau poligami (Islam).
Di barat pula, tidak berlaku poligami kerana agama mereka tidak mengizinkan, tetapi dapat diperhatikan bahawa individu dewasa pertengahan di barat juga mengalami konflik yang sama. Di sana juga berlaku kecurangan dan perceraian namun masih terdapat perbezaan yang ketara berbanding di Malaysia. Perbezaan ketara yang berlaku dalam konteks penerimaan pola hidup dewasa pertengahan ialah mereka bebas melakukan hubungan sulit atau seks bebas bagi mengekalkan prestij mereka sebagai seorang lelaki atau wanita matang. Kecurangan dalam hubungan suami isteri di barat adalah jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia. Budaya mereka amatlah bertentangan dengan budaya di Malaysia ekoran latar belakang agama dan amalan cara hidup mereka yang bebas serta corak hidup bermasyarakat yang lebih individualistik. Berdasarkan bilangan kes HIV dan AIDS serta penyakit kelamin, masyarakat barat lebih mendominasinya. Hubungan sosial yang terlalu terbuka dan tiada batasan menyebabkan budaya barat semakin terpesong daripada norma murni dan akhlak yang mulia. Oleh itu jelaslah penerimaan di barat dan di Malaysia mempunyai perbezaan.

Disamping itu, terdapat juga individu dewasa pertengahan yang menafikan perubahan fizikal mereka melalui pakaian dan cara hidup mereka. Penafian yang dilakukan adalah bertujuan mengekalkan prestij, penerimaan masyarakat dan juga kepuasan bekerja. Sebagai contoh, para artis yang sudah meningkat umur, masih kekal berpakaian seperti orang muda dan bertingkah laku agresif. Mereka mahu kelihatan muda dan segar di khalayak ramai. Mereka mengenepikan keupayaan sebenar mereka semata- mata untuk menonjolkan bahawa mereka masih lagi mampu menghiburkan orang lain.
Di barat pula, keadaan mereka hampir sama dengan keadaan di Malaysia. Sebagai contoh kehidupan para artis yang sedang menuju tua ini, sentiasa mahu memuaskan hati orang lain, sanggup melakukan apa sahaja agar kelihatan muda, cantik dan menarik. Di barat, mereka sanggup melakukan tindakan ekstrem seperti melakukan pembedahan plastik untuk merubah rupa paras mereka. Sebagai contoh, seorang artis kulit hitam, Micheal Jackson yang menukar keseluruhan rupa fizikalnya untuk mendapat tempat di hati peminat dan masyarakat. Selain itu, terdapat juga individu yang cuba menjadi cantik sehingga mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka. Sebagai contoh kerana terlalu ingin menjaga badan, mereka sanggup memuntahkan makanan yang dimakan. Ia dilakukan untuk mengekalkan bentuk badan yang difikirkan cantik, iaitu mempunyai saiz 00. Ia merupakan sejenis penyakit yang dikenali sebagai, Aneroxia Nervosa yang boleh membawa maut. Disamping itu, ramai di antara mereka yang melakukan pelbagai pembedahan implan, mengubah bentuk asal tubuh badan mereka dan sebagainya ekoran tidak dapat menerima hakikat bahawa diri mereka sudah tua dan tidak menarik lagi.

Selain itu, jika dilihat di negara kita kini, terdapat pelbagai minuman kesihatan dihasilkan dan menjadikan golongan dewasa pertengahan sebagai kumpulan sasaran utama. Minuman kesihatan tersebut dipasarkan dengan banyaknya dalam pelbagai jenama tetapi mempunyai tujuan yang sama iaitu berkhasiat untuk meningkatkan kesihatan dan keupayaan batin lelaki mahupun wanita. Lambakan produk tersebut membuatkan sesetengah golongan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Khasiat yang dipercayai memberi kesan terhadap hubungan intim suami isteri memberi kelebihan kepada individu dewasa pertengahan mengatasi masalah reproduksi. Namun, sejauh manakah keberkesanannya? Walaubaimanapun, inilah fenomena yang berlaku kini di kalangan dewasa pertengahan yang cuba menafikan perubahan keupayaan fisiologi mereka.
Manakala di Barat pula, lambakan produk-produk makanan kesihatan seperti pil-pil penjagaan badan (pil diet), pil penambah kekuatan batin (viagra), vitamin tambahan (supplements) dan sebagainya dapat mempengaruhi sesetengah individu untuk mencubanya. Di Barat, mereka akan melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik dan menarik walaupun sudah lanjut usia. Masalah kegemukan atau obesiti yang cenderung menyerang golongan dewasa pertengahan memungkinkan mereka mencuba pelbagai produk kesihatan yang dipercayai dapat menguruskan badan dan mendapatkan bentuk badan yang muda dan menarik. Terdapat pelbagai jenama produk menguruskan badan dihasilkan. Keadaaan ini juga berlaku di Malaysia. Walaubagaimanapun, keadaan di barat agak berbeza dan jauh lebih menonjol. Berdasarkan iklan-iklan dan barangan sedemikian, jelas mereka beria-ia dalam mengatasi masalah kegemukan. Mereka menggunakan pengaruh iklan secara besar-besaran bagi mendapatkan keyakinan pengguna terhadap keberkesanan barangan mereka. Mereka juga mengadakan rancanagan jualan produk secara langsung melalui televisyen bagi mengukuhkan lagi kepercayaan para penonton di rumah. Selain itu, mereka menggunakan stretegi testimoni pengguna bagi membuktikan kepada pelanggan lain bahawa produk mereka amat berkesan. Disamping produk makanan kesihatan, mereka banyak menghasilkan alat-alat bantu senaman yang memaparkan bagaimana para pengguna dapat menurunkan berat badan mereka dalam tempoh masa yang singkat. Mereka menggunakan para ahli bina badan dan model-model yang sudah sedia maklum mempunyai bentuk tubuh badan yang menarik untuk mengabui mata para pengguna. Produk-produk tersebut dilihat amat popular di barat walaupun harga yang ditawarkan agak tinggi. Bagi golongan dewasa pertengahan yang sudah mempunyai kedudukan kewangan yang stabil, ia tidak menjadi masalah bagi mereka untuk mendapatkan produk tersebut. Di barat, kesihatan dan rupa paras serta bentuk badan yang menarik adalah menjadi satu perkara yang penting dan diagung-agungkan dalam masyarakat mereka. Keadaan inilah yang membezakan antara Malaysia dan barat.

Kemudian, dilihat juga kini terdapat pelbagai barangan kosmetik dan produk kecantikan dihasilkan bagi membantu memulihkan atau mengurangkan masalah penuaan dan kedutan pada kulit. Pelbagai barangan kecantikan daripada set penjagaan wajah hinggalah kepada set penjagaan dalaman wanita dihasilkan dan diimport dari luar negara seperti Indonesia. Menjadi ‘trend’ terkini, produk-produk kecantikan yang berada di pasaran Malaysia menggunkan bahan-bahan semulajadi seperti gamat, akar-akar kayu, herba dan sebagainya dalam produk mereka bagi menarik perhatian pembeli. Khasiatnya dipercayai mampu mengembalikan keremajaan dan mengurangkan tanda-tanda lanjut usia. Barangan seperti ini sudah pasti dapat menarik minat golongan wanita dewasa pertengahan untuk mencubanya bagi menafikan perubahan fizikal dan keupayaan reproduksi mereka yang semakin berkurangan.
Manakala di barat pula, mereka juga menggunakan pelbagai produk kosmetik kecantikan bagi mengatasi masalah penuaan. Walaubagaimanapun, diperhatikan mereka menggunakan barangan yang berasaskan bahan kimia dan teknologi moden yang dipercayai lebih baik dan dapat memberi kesan yang lebih cepat. Produk yang berasaskan bahan kimia diketahui mampu mendatangkan kesan sampingan seperti kanser kulit. Namun, ia tidak menjadi satu persoalan kerana bagi mereka kecantikan adalah lebih utama. Disamping itu, di barat juga, mereka menghasilkan pelbagai serum yang dapat memulihkan kedutan dan menegangkan struktur kulit. Antara serum yang popular digunakan adalah Botox. Botox yang diambil melalui suntikan dipercayai lebih mujarab dan lebih cepat memberi kesan. Walaubagaimanapun, pengguna harus menanggung kesakitan semasa menerima rawatan dan juga risiko pada masa akan datang seperti penyakit kulit dan kedutan yang berpanjangan akibat perubahan imunisasi tubuh badan. Pengaruh dalam penggunaan produk sedemikian dilihat telah mempengaruhi segelintir individu di Malaysia. Sejauh mana keberkesanannya haruslah dipertimbangkan dengan risiko yang bakal dihadapi kerana adalah tidak berbaloi jika mereka mendapatkan rawatan sedemikian , dengan harga yang mahal, kemudian mendapat pelbagai kesan sampingan. Di sini, sekali lagi dilihat bahawa barat agak ekstrem dan bersungguh-sungguh dalam mengatasi masalah penuaan dan cuba melebarkan pengaruh penggunaan produk mereka ke negara luar secara besar-besaran.


Penafian-penafian yang berlaku adalah berikutan perasaan dan konflik dalaman diri individu yang tidak dapat menerima keadaan atau perubahan terhadap diri mereka. Antara punca yang menyebabkan mereka hilang motivasi adalah kerana kurangnya self-esteem dalam diri mereka. Sebagai contoh, seorang wanita yang semakin kehilangan peranan sebagai seorang ibu dalam keluarga kerana anak-anak sudah berkahwin, belajar dan sebagainya, merasakan bahawa diri mereka tidak berguna lagi. Ditambah pula dengan pengesotan keupayaan reproduksi, pasti akan merasa kehilangan, tidak menarik dan didatangi kesunyian. Keadaan ini merupakan konflik dalaman yang mampu membawa kepada masalah kemurungan. Oleh itu, sebagai individu yang matang, seharusnya, mereka dapat menerima keadaan mereka dengan baik dan tenang. Mereka boleh mengalihkan pandangan negatif terhadap diri sendiri dengan melakukan pelbagai aktiviti yang mampu mengelakkan daripada perasaan kesunyian. Sebagai seorang wanita 40-an tidak akan merasa kehilangan peranan utamanya apabila mereka mempertahankan self-esteem mereka dengan melakukan kegiatan yang menimbulkan perasaan bahawa mereka masih lagi berguna.. Kedudukan peranan sosial wanita pertengahan adalah sama pentingnya dengan kedudukan peranan sosial wanita di bawah 40-an. Justeru, ada kecenderungan sosial budaya bahawa wanita dewasa pertengahan akan menjadi semakin socially established atau lebih matang sehingga mampu memberikan lebih banyak sumbangan seumpamanya sebagai seorang guru (teacher) daripada pelajar (learner) dalam proses sosialisasi dan inkulturasi. (Dr. Kartono Mohamad & rakan: 1983). Namun wujud persoalan, adakah mereka akan memanfaatkan kelebihan tersebut dengan sebaik mungkin atau tidak?

Seseorang individu yang mempunyai self-esteem yang tinggi, mereka lebih bersedia menghadapi tempoh masa ini. Sebagai seorang wanita mahupun lelaki yang mempunyai pegangan agama dan pendidikan yang baik, mereka lebih tenang menghadapi perubahan pola hidup yang baru walaupun mereka mengalami kesan yang agak besar di dalam kehidupan. Sebagai contoh, seorang suri rumah yang mempunyai kekuatan dan pegangan agama yang kuat, dapat menjalani kehidupan hari tua dengan tenang. Masa yang terluang diisi dengan menghadiri kelas-kelas fardhu ain (bagi umat Islam), menggunakan masa untuk beriadah bersama suami seperti melancong, membaca, bercucuk tanam dan banyak lagi aktiviti berfaedah, daripada mengenangkan dan memikirkan perubahan pada diri. Walaupun ketika ini, peranan mereka sebagai seorang ibu atau bapa sudah berkurangan, namun ia tidak akan menjadi masalah jika mereka menjadi seorang yang tabah dan bersikap terbuka. Dalam tempoh masa ini, mereka lebih bersedia menerima kehadiran orang baru atau cucu kerana peranan sebagai seorang ibu atau ayah yang dirasakan telah hilang akan dapat dirasakan atau dinikmati kembali. Keadaan ini akan menjadikan hidup mereka semakin lengkap dan bahagia.

Perbezaan penerimaan pola baru ini antara barat dan Malaysia tidaklah begitu jauh berbeza walaupun terdapat cara-cara drastik yang begitu menonjol dan ekstrem di barat berbanding di Malaysia hingga mengenepikan soal-soal norma dan ketentuan Tuhan Persamaan masih jelas kelihatan apabila penerimaan tempoh ini barat diterima dengan baik dan tenang. Golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan pegangan kepercayaan yang kuat mengamalkan cara hidup yang lebih bersederhana. Mereka lebih gemar hidup bersendirian bersama pasangan masing-masing dan menjalani kehidupan yang tenang. Berdasarkan kajian lepas, didapati terdapat inidividu yang menanti tempoh masa ini kerana bagi mereka ia merupakan tempoh masa yang amat berharga untuk dilalui bersama pasangan. Ketika ini, anak-anak sudah besar dan tanggungjawab mereka sudah agak ringan. Selain itu, mereka juga suka menghabiskan masa bersama pasangan dengan melancong ke negara lain.

Masalah-masalah yang timbul berikutan usia yang menuju tua diperhatikan amat dipengaruhi oleh sikap masyarakat terhadap orang tua. Pandangan bahawa tua adalah tidak berguna, tidak mempunyai peranan, tidak dapat memberi sumbangan terhadap masyarakat dan sebagainya harus dikikis. Sebagai individu dewasa pertengahan mereka sememangnya semakin pasif, rentan terhadap persekitaran, kurang ekstrovert dan kurang terbuka. Namun, kemampuan daya kognitif yang didasari dengan pelbagai pengalaman lepas dan pengetahuan yang banyak, menjadikan mereka lebih mudah bersetuju dan lebih peka terhadap sesuatu isu dan ia memperlihatkan bahawa mereka masih mempunyai peranan dalam masyarakat. Individu dewasa pertengahan tidak akan hilang peranan jika mereka tahu menggunakan peranan mereka dalam konteks sosial. Keadaan tersebut akan lebih jelas lagi jika golongan ini mempertahankan self-esteem mereka dengan melakukan kegiatan yang dapat menimbulkan perasaaan bahawa mereka masih lagi berguna.

Thursday, March 15, 2007

Isu-isu Dewasa Pertengahan

Usia Transisi

Pada usia dewasa pertengahan, golongan ini mengalami peralihan dari muda kepada tua. Perubahan fizikal menjadikan mereka merasakan bahawa mereka telah menjadi seorang yang lemah, tidak mempunyai tarikan fizikal lagi dan sebagainya. Isu transisi ini kadang-kala menyebabkan individu-individu dewasa pertengahan sukar menerima kenyataan bahawa mereka sudah tua. Oleh itu, bagi mereka yang tidak dapat menerima kenyataan ini akan menafikan perubahan yang berlaku terhadap diri mereka dan melakukan pelbagai cara atau mengambil langkah-langkah tertentu untuk menafikannya. Antaranya mengekalkan gaya hidup atau cara berpakaian orang muda seperti trendy dan funky, mendapatkan rawatan kecantikan, berkahwin dengan individu yang lebih muda dan sebagainya. Walaubagaimanapun, perubahan terhadap fungsi fisiologi tubuh badan mereka tidak dapat diatasi, kerana semakin bertambah usia seseorang semakin berkurangan fungsi fisiologi mereka. Oleh itu, kekuatan fizikal individu dewasa pertengahan tetap menjadi lemah, kurang produktif dan mereka tidak dapat bergerak aktif seperti sebelumnya. Secara keseluruhannya, transisi usia ini memberi kesan yang agak besar kepada seseorang dan penerimaannya adalah amat bergantung kepada individu itu sendiri, samada menerimanya dengan tenang atau sebaliknya.

Komitmen Yang Tinggi Terhadap Pekerjaan.

Pada peringkat ini, tumpuan terhadap pekerjaan adalah maksimum hinggakan kadang kala mewujudkan masalah atau keretakan hubungan keluarga. Mereka memberikan perhatian yang lebih kepada pekerjaan ekoran ia merupakan satu tuntutan oleh diri, keluarga dan juga masyarakat itu sendiri. Keadaan ini berlaku kerana individu dewasa pertengahan ketika ini telah mencapai tahap yang ‘matang’ berikutan telah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang banyak, dan tahu kepentingan untuk bekerja dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap kerja. Golongan peringkat umur ini juga amat dipercayai dan dilihat mempunyai kreadibiliti sebagai seorang pemimpin. Oleh itu, jika dilihat para pemimpin sesebuah organisasi kebanyakannya adalah dalam lingkungan 40-an. Kepimpinan individu dewasa pertengahan agak menonjol dan menyerlah berbanding ketika usia sebelumnya. Sebagai individu yang mempunyai peranan yang besar dalam masyarakat, mereka menjadi role-model kepada orang lain dan juga kepada generasi akan datang. Kesungguhan mereka bekerja sebenarnya adalah satu bentuk kepuasan kepada diri mereka sendiri. Semakin banyak masa atau bakti dicurahkan, semakin tinggi kepuasan bekerja. Sebagai kesan, apabila sudah menjangkau usia akhir dewasa, mereka akan lebih tenang kerana telah berjaya mencapai matlamat dalam hidup dan dapat memberi sumbangan yang sewajarnya. Secara ringkasnya, komitmen yang dibentuk adalah satu kewajipan agar mereka mendapat kepuasan bekerja.


Menapause atau Endapause (Climecterium)

Merupakan satu tahap yang agak sukar ditempuh oleh setiap individu kerana mereka mengalami satu tahap kurang produktif. Menapause adalah bagi perempuan dan endapause adalah bagi lelaki.

Menapause (wanita)

Ditandai atau dapat dilihat dengan jelas apabila terhentinya haid. Apabila terhentinya haid, ia menandakan bahawa seseorang wanita itu tidak lagi boleh melahirka anak atau tidak lagi produktif. Sebagai kesan, seseorang wanita itu akan merasakan bahawa dir mereka telah kehilangan fungsi terpenting dalam hidup mereka dan dalam hubungan seksualiti dengan pasangan. Keadaan ini akan menimbulkan rasa cemas, meningkatkan sensitiviti dan menyebabkan kemurungan. Berdasarkan pemerhatian (testimoni yang dijalankan) kami terhadap wanita yang sedang mengalami tempoh ini, mereka lebih mudah tersentuh atau mudah tersinggung, mahukan perhatian yang lebih daripada pasangan dan juga anak-anak, serta mudah cepat marah. Perubahan-perubahan ini boleh dijelaskan ekoran perubahan hormon yang berlaku dalam diri mereka ketika ini. oleh itu, tempoh masa memasuki menapause memberi kesan yang utama kepada golongan wanita dan ia mampu cenderung menyebabkan kemurungan atau depresi. Bagi mengatasi masalah ini, seseorang individu itu perlulah menerima perubahan ini dengan tenang dan melakukan amalan-amalan atau gaya hidup yang lebih tenang berlandaskan amalan agama, cara pemakanan dan membentuk hubungan yang baik dengan pasangan dan anak-anak serta kawan-kawan. Melalui amalan dan gaya hidup yang tenang dan bahagia, mereka dapat keluar daripada persaan dan kitaran emosi yang tidak stabil.

Endapause (lelaki)

Endapause pula adalah ketidakupayaan produksi di kalangan lelaki. Namun, endapause tidak dapat dilihat dengan jelas berikutan lelaki tidak mempunyai kitaran haid seperti wanita. Walaubagaimanapun, endapause di kalangan lelaki boleh diketahui berdasarkan beberapa perubahan, antaranya kemurungan atau depresi, mudah tersinggung, makan dan minum secara berlebihan, over activity, merokok secara berlebihan dan memberi banyak perhatian yang lebih terhadap diri sendiri, (Prof. Dr.Saparinah: 1983).

Perubahan dalam Institusi Keluarga

Dalam sesebuah keluarga, ketika individu menjangkau usia 40-an, pada kebiasaannya, telah mempunyai anak-anak yang sudah dewasa atau masih remaja. Dalam tempoh ini, berlaku perpisahan antara anak-anak dan ibu bapa apabila anak-anak berhijrah samada untuk bekerja, belajar atau setelah mendirikan rumah tangga. Perpisahan yang berlakau samada bersifat sementara, adalah amat sukar diterima oleh ibu bapa terutamanya ibu. Perpisahan menyebabkan ibu bapa berasa sunyi dan sedih. Namun, ia hanya berlaku pada waktu awal perpisahan dan lama-kelamaan ia dapat diterima. Sebagai contoh, seorang subjek dalam pemerhatian kami memberi pandangan bahawa ia amat sukar diterima pada peringkat awal apabila anak-anaknya menyambung pelajaran, tambahan pula anaknya amat rapat denganya. Namun subjek cuba membiasakan diri kerana padanya satu hari nanti, anaknya akan keluar juga dari rumah apabila berkahwin nanti. Tambah subjek, berikutan kesemua anaknya adalah perempuan, maka ia perlu diterima dengan hati terbuka, dan subjek bersedia untuk berhadapan dengan situasi itu satu hari nanti.

Selain itu, dalam sesebuah keluarga juga, perubahan insitusi keluarga juga boleh berlaku ekoran berlakunya kematian pasanga hidup, ahli keluarga atau perpisahan (perceraian). Isu kehilangan atau perpisahan ini merupakan isu yang normal dan semulajadi. Oleh itu, sebarang perubahan dalam sesebuah institusi keluarga adalah satu perkara yang harus diterima dengan tenang dan rasional kerana kehilangan individu yang dikasihi mampu mengakibatkan kemurungan.

Kecurangan dan Perceraian

Ketika tempoh lingkungan dewasa pertengahan, isu kecurangan dan perceraian adalah tinggi. Keadaan ini berlaku ekoran wujudnya keinginan di kalangan individu dewasa pertengahan samada lelaki ataupun perempuan, mencuba atau membuktikna kepada diri dan juga kepada orang lain bahawa mereka masih lagi berupaya atau masih mempunyai daya tarikan.

Antara gejala di kalangan lelaki yang menjadi punca berlakunya kecurangan dan perceraian adalah berkaitan dengan kemampuan fizikal dan keghairahan seksual yang semakin menurun atau berkurangan. Bagi individu yang telah mengasiosasikan diri mereka dengan kemapuan seksualiti yang tinggi, akan mengalami shock atau wujud krisi identiti. Keadaan tersebut akan menimbulkan rasa cemas kerana mereka merasakan mereka bukan lagi seperti dahulu. Oleh itu, mereka mengembangkan suatu cara pertahanan diri tertentu. Ia akan mempunyai keperluan atau keinginan yang kuat untuk memantapkan kembali identiti diri kerana perubahan yang berlaku amat berkait rapat dengan harga diri mereka. Berikutan keinginan itu tidak dapat dimiliki dari lingkungan keluarga, maka ia akan dicari atau diperoleh dari lingkungan luar keluarga. Berikutnya akan terbentuklah masalah kecurangan atau juga berkahwin lagi, atau mungkin juga perceraian. Selain itu, situasi lain yang dapat menimbulkan krisis identiti dan rasa cemas ini ialah jika selama bertahun-tahun ia harus memainkan peranan (di dalam atau di luar keluarga) yang tidak membantu dalam pembentukan identitinya. Perkara ini terjadi apabila peranan dan aktiviti yang penting baginya tidak mendapat perhatian dari orang lain sebagaimana yang diharapkan. Ekoran sudah menjadi sifat manusia cenderung mencari sokongan (support) atau bantuan apabila ingin mengatasi rasa cemas, maka individu lelaki yang sedang mengalami perasaan ini akan mencari tempat atau lingkungan yang dapat membantu mereka.kebiasaannya, keluarga adalah lingkungan yang dapat membantu kerana keluarga adalah lingkungan yang paling rapat. Namun apabila keluarga tidak dapat memberikan perhatian dan memenuhi keinginan tersebut, mereka lebih cenderung mencari bantuan atau perhatian di luar lingkungan keluarga seperti rakan sebaya atau teman sekerja yang mempunyai ikatan emosional. Pada kebiasaannya, akan wujud masalah yang lebih serius apabila tindakannya itu tidak sesuai dengan harapan keluarga terhadapnya sebagai seorang ayah dan suami. Ia akan menjadi bertambah serius apabila masalah itu diatasi dengan menjalinkan hubungan intim, hingga menyebabkan tugas dan tanggungjawabnya sebagai suami dan juga ayah terabai, dan cenderung membentuk sebuah keretakan dalam keluarga dan juga perpisahan tau perceraian.


Kehidupan Berkeluarga dan Perubahan Peranan

Dengan bertambahnya usia perkahwinan, bertambah pula usia masing-masing yang memainkan peranan dalam kehidupan berkeluarga. Bagi pasangan suami isteri, masing-masing memasuki usia pertengahan yang juga dikenali sebagai tempoh masa ‘remaja kedua’. Masa remaja kedua pada dasarnya adalah masalah proses menua yang dialami samada lelaki mahupun wanita. Namun demikian, terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita dan secara umumnya dalam cara menghadapi dan menjalani usia dewasa pertengahan atau remaja kedua ini.

Terdapat pendapat bahawa wanita biasanya mempunyai komitmen yang lebih besar terhadap kehidupan berkeluarga jika dibandingkan dengan golongan lelaki. Dalam lingkungan sosial kita, komitmen ini sangat diharapkan kerana sudah menjadi lumrah atau norma bahawa setiap wanita perlu lebih cenderung memberi perhatian kepada keluarga walaupun mempunyai karier dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Sehubungan dengan kehidupan berkeluarga, maka dalam usia ini, wanita biasanya mengalami perubahan-perubahan yang cukup besar.

Anak-anak biasanya sudah besar atau dewasa dan mempunyai kesibukan atau tugas masing-masing samada terhadap pelajaran, pekerjaan atau juga rumah tangga. Keadaan ini memberi erti bahawa, wanita yakni sebagai ibu tidak perlu mencurahkan seluruh perhatian dan tenaganya untuk kepentingan anak-anak. Keadaan ini menuntut individu tesebut menyesuaikan diri dengan situasi dan peranan yang berbeza. Penyesuaian ini adalah amat sukar terutama bagi golongan individu yang setelah kian lama atau sejak awal perkahwinan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Bagi wanita golongan ini, adalah menjadi sukar untuk mereka menemui pengisian peranan yang memuaskan baginya seperti ketika keluarga masih memerlukan banyak perhatian darinya. Walaubagaimanapun, peranannya sebagai ibu akan dapat diperolehi semula apabila mereka dapat mengasuh cucu-cucunya.
Ketika usia wanita memasuki usia menengah, suami biasanya sedang dalam puncak karier atau sedang sangat aktif dalam bidang yang diminati. Pada permulaan perkahwinan, wanita sebagai isteri biasanya memegang peranan yang cukup penting dalam sama-sama membina karier suami. Namun, keperluan atau peranan isteri semakin berkurangan apabila suami telah mencapai kejayaan dalam karier mereka, mencapai apa yang diidam-idamkan dalam pekerjaan, baik juga status sosial, material dan juga kepuasan bekerja. sehinggakan, keterlibatan isteri adalah amat terbatas dan minimum. Pada ketika ini, pasa suami, karier adalah menjadi keutamaan. Perkembangan ini dalam kehidupan berkeluarga merupakan kenyataan bagi wanita dalam usia menengah yang harus dihadapi dan sekaligus menuntutu penyesuaian diri terhadap perubahan-perubahan yang berlaku terhadap peranan mereka di sisi suami. Dalam lingkungan sosial, terdapat juga kes-kes atau situasi seorang isteri cuba melibatkan diri dalam bidang kerjaya yang sama dengan suami dengan alasan ingin membantu seoptimum mungkin terhadap perkembangan karier suami. Namun, secara psikologisnya, kegiatan atau tindakan ini merupakan satu bentuk pelarian dari perasaan kosong apabila isteri berasa tidak lagi diperlukan secara jelas oleh suami dalam ikut sama membina karier. Keadaan ini, kadang kala menimbulkan masalah lain, terutamanya apabila suami tidak mengkehendaki isteri terlalu melibatkan diri pada hal-hal yang bersangkutan dengan bidang kerjayanya.

Sunday, March 4, 2007

Soalan-soalan Terkumpul

1. Berapakah lingkungan umur bagi Pertengahan Dewasa?
a. 30 – 50 umur
b. 35 – 55 umur
c. 40 – 60 umur
d. 45 – 65 umur

2. Di bawah berikut, adalah tanda-tanda seseorang itu memasuki zaman
Pertengahan Dewasa, kecuali
a. uban
b. gigi palsu
c. ingatan merosot
d. sakit kepala

3. Apabila seseorang perempuan mencapai menopause pada pertengahan dewasa,apa berubahan yang dialami mereka yang dikatakan sebagai menopause?
a. kurang selera makan
b. tidak suka pada kanak-kanak
c. haid berhenti
d. aktiviti sosial semakin berkurangan

4. Terdapat berapa jenis daya ingatan yang dibincang dalam kognitif
pertengahan dewasa?
a. Satu
b. Dua
c. Tiga
d. Empat

5. Di bawah pernyataan berikut, yang manakah pernyataan yang benar tentang ingatan jangka pendek pada zaman dewasa pertengahan?
a. dewasa pertengahan mempunyai daya ingatan pendek yang kurang daripada daya ingatan pendek semasa dewasa awal.
b. Dewasa pertengahan mengambil berat tentang rangsangan kecil
c. Ingatan jangka pendek memainkan peranan yang amat penting pada zaman pertengahan dewasa.
d. Ingatan jangka pendek semakin bertambah dengan umur seseorang individu.

6. Di bawah yang berikut, yang manakah adalah benar tentang teori yang dinyatakan oleh Carl Jung tentang zaman dewasa pertengahan?
I. perubahan psikologi dirasakan pada 35 umur hingga 40 umur.
II. Terdapat perubahan dalam personaliti yang terpendam
III. Karekterik yang lain semakin penting
IV. Tret persenoliti mungkin diganti dengan tret lain.

a. I dan II
b. I, II dan III
c. I, II dan IV
d. II, III dan IV

7. Menurut Skema Lavinson, yang manakah pernyataan di bawah adalah salah?
a. melihat semula kehidupan yang pernah dilalui.
b. memperbaiki aspek-aspek kehidupan mereka
c. menyelesaikan masalah psikologi sebaik sahaja memasuki dewasa pertengahan
d. menjadi amat individualistik kalau mereka mengalami status kewangan yang tidak stabil

8. Berikut merupakan krisis-krisis yang dialami oleh zaman dewasa pertengahan,
Kecuali
a. ketegangan kewangan
b. ketegangan psikologi
c. ketegangan somatik
d. ketegangan anak

9. Menurut pengkaji Robert Pack apakah fokus seorang individu pada zaman dewasa
pertengahan?
I. Valuing Wisdom Versus Valuing Physical Power
II. Socializing versus Sexualing in Human Relationship
III. Mental Flexible versus Mental Regidity

a. I dan II
b. I dan III
c. II dan III
d. I, II dan III

10. Menurut perspektif Levinson, transisi usia pertengahan adalah berhubung dengan
a. persoalan personaliti
b. konsep kendiri yang berubah
c. konsep agresif
d. persoalan personaliti dan konsep kendiri yang berubah

11. Antara pernyataan di bawah, yang manakah adalah salah tentang perspektif
Levinson?
a. masa pertengahan ini adalah satu titik berubahan besar bagi personaliti seseorang
b. transisi pertengahan usia merupakan satu pantulan cermin kepada mereka
c. mereka bercenderung melakukan tingkah laku negatif
d. Pengalaman mereka mendesak mereka memenuhi tuntutan pelbagai aspek

12. Terdapat berapa jenis kelakuan biasa yang akan merosakan perhubungan dalam
entiti usia dewasa pertengahan?
a. empat
b. lima
c. enam
d. tujuh

13. Antara berikut yang manakah adalah kelakuan biasa yang akan merosakan
perhubngan dalam entiti usia dewasa pertengahan?
I. People-Pleasing
II. Martyrdom
III. Rescuing
IV. Tap-dancing

a. I dan II
b. I,II dan III
c. II, III dan IV
d. I, II, III dan IV

14. Terdapat berapa tahap transisi umur bersarkan skema Levinson?
a. empat
b. lima
c. enam
d. tujuh

15. Transisi pertengahan mengikut Levinson berlaku pada lingkungan umur berapa?
a. 30 – 35
b. 35 – 40
c. 40 – 45
d. 45 – 50

16. Di antara yang berikut yang manakah adalah salah tentang transisi pertengahan
mengikut Levisnon?
a. Tahap ini adalah penghubung antara dewasa awal dengan dewasa akhir.
b. Manusia mula mempersoalkan segala yang berkait dengan hidup mereka.
c. Kadang-kadang reaksi mereka melibatkan ekpresi emosi yang kuat.
d. Pada tahap ini mereka akan menilai segala tentang kehidupan mereka.

17. Di antara berikut, yang manakah bukan tahap transisi umur yang dinyatakan oleh
Levinson?
a. Transisi permulaan
b. Struktur awal kehidupan
c. Struktur hidup pengakhiran
d. Transisi dewasa akhir

18. Pernyataan di bawah, yang manakah bukan tentang Gender Crossover Effect?
a. Kajian menunjukkan lelaki pada 55 umur adalah kurang efektif
b. Lelaki menggunakan cara paksaan untuk mencapai matlamat mereka
c. lelaki lebih memberi perhatian dalam aspek keluarga
d. lelaki menjadi kurang relaks dalam mencapai matlamat mereka.

19. Antara penyakit di bawah, yang manakah bukan penyakit yang akan dialami oleh
dewasa pertengahan?
a. batuk
b. kegemukan
c. diabetes
d. parkinson

20. Apakah yang dimaksudkan dengan ’usia bahaya’?
a. pelbagai masalah hubungan keluarga boleh berlaku seperti perceraian.
b. mungkin mengamalkan gaya kehidupan yang tidak betul
c. mudah terdedah kepada pelbagai penyakit
d. Keadaan fizikal akan semakin bagus

21. Apakah yang dimaksudkan dengan ’tap-dancing’?
a. boleh berada dalam keadaan yang tidak berkomitmen
b. mengelak diri dalam sistem sosial
c. suka dengan kehidupan yang penuh dengan sosial
d. menolak tanggungjawab



Soalan Subjektif

1. Sila senaraikan perkembangan dan pertumbuhan pada zaman dewasa pertengahan.

2. Sila nyatakan perubahan daya ingatan zaman dewasa pertengahan.

3. Sila nyatakan tahap transisi pertengahan usia di kalangan lelaki.

Wednesday, February 14, 2007

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI DAN KRISIS DEWASA PERTENGAHAN

Usia dewasa pertengahan sememangnya membawa pelbagai perubahan dalam kehidupan manusia. Tidak terkecuali aspek sosio-emosi dan krisis yang melanda mereka pada tahap ini. Carl Jung menyatakan bahawa perubahan psikologi dirasakan bermula ketika umur 35 dan 40 tahun. Pada masa ini juga Jung berpendapat bahawa terdapat perubahan pada karakter personaliti yang terpendam selama ini (berubah atau timbul) manakala karakteristik yang lain semakin kurang penting dan mungkin diganti dengan tret personaliti yang berbeza. Skema Lavinson menyatakan bahawa transisi usia pertengahan bermula sekitar usia 40tahun dan bertindak sebagai penghubung kepada usia dewasa akhir. Ada 3 perkara penting yang terkandung dalam skema ini;

1. Melihat semula dan
2. Memperbaik aspek-aspek dalam kehidupan mereka dan menguji elemen-elemen pada struktur hidup mereka yang baru.
3. Menyelesaikan masalah psikologikal sebaik memasuki usia pertengahan.

Individu pada usia pertengahan ini dilabelkan sebagai ‘generasi sandwich’ kerana mereka bertanggungjawab ke atas ibu bapa dan dalam masa yang sama, mereka mempunyai tanggungjawab ke atas anak-anak mereka juga. Perkembangan personaliti pada usia pertengahan dapat dilihat daripada perubahan daripada perasaan atau emosi aktif kepada pasif. Penyelidik berpendapat bahawa pada usia 40, manusia merasakan mereka mampu mengawal persekitaran, halatuju dan juga akibat daripada keputusan mereka sendiri. Tetapi pada umur 60 pula, mereka merasakan kelakuan berisiko adalah sesuatu yang berbahaya dalam hidup mereka. Perspektif individu terhadap masa juga berubah dan ia mempengaruhi konstruk personaliti dan pemahaman kendiri mereka. Individu dewasa pertengahan ini menukar pandangan mereka bahawa masa adalah merujuk kepada apa yang tinggal sebelum mereka mati dan hal ini menyumbang tekanan untuk melakukan perubahan dalam hidup. Kimmel(1980) menyatakan bahawa personaliti usia pertengahan adalah lebih stabil daripada kehidupan awal mereka. Individu ini juga menambah pengalaman mereka untuk mengendalikan stress dan masalah.


Krisis Atau Transisi Dewasa Pertengahan.

1. Masa Transisi ( masa peralihan )

Usia dewasa pertengahan merupakan usia peralihan dari tahap dewasa awal ke tahap tua iaitu peringkat fungsi fizikal dan mental individu mula berkurangan.
Individu wanita mengalami menopause iaitu kehilangan kemampuan reproduksi , manakala individu lelaki mengalami perubahan dalam kejantanan mereka. Ketika melalui peringkat ini, samada lelaki atau wanita akan mengalami kekeliruan menjalani usia pertengahan. Individu di peringkat ini tidak tahu di mana kedudukan mereka yang sebenarnya kerana mereka berada di tengah-tengah, antara muda dan tua. Terdapat individu yang berasa tidak selesa (canggung) dan tidak tahu membawa diri mereka, hingga terdapat individu yang mencuba meyakinkan diri bahawa mereka masih muda dengan ucapan, cara berpakaian dan juga bertingkah laku seperti orang muda.

2. Masa Pencapaian (prestasi)

Pada usia 40-an, individu sudah mencapai tahap prestasi yang baik dalam hidup berikutan pendidikan dan juga pengalaman- pengalaman yang banyak. Individu tahap ini, kebiasaannya mempunyai hubungan-hubungan interpesonal yang luas dan mendapat kepercayaan untuk memegang sesebuah tanggungjawab atau jawatan dalam organisasi (pemimpin) dan mendapat status sosial yang kukuh dalam masyarakat. Manakala kedudukan kewangan pada tahap ini seharusnya adalah kukuh berikutan tahap ini adalah tahap individu sudah mencapai kejayaan dalam kerjaya.


3. Ketidakseimbangan Perubahan Pola Hidup

Penyesuaian terhadap perubahan pola hidup yang disebabkan oleh adanya perubahan fizikal dapat mempengaruhi keseimbangan psikologi seseorang. Terdapat beberapa perkara yang boleh menimbulkan ketidakseimbangan tersebut seperti berikut;

1. ketegangan somatik - iaitu tanda-tanda lanjut usia (tua) atau perubahan fizikal

2. ketegangan kebudayaan- iaitu kebiasaan dalam sosio-budaya yang menganggap bahawa individu yang muda adalah lebih baik (produktif).

3. ketegangan ekonomi – iaitu adanya tuntutan ekonomi dari keluarga berikutan keperluan pendidikan anak-anak dan sebagai lambang status keluarga.

4. ketegangan psikologi – “psychological stress” disebabkan kehilangan pasangan seperti kematian atau perceraian, ditinggalkan anak yang sudah berkahwin, tekanan kerja, kebosanan terhadap rutin harian yang sama (monoton) atau adanya perasaan “tidak muda lagi”.

4. “Usia Berbahaya”

Interprestasi dari “usia berbahaya” boleh dikaitkan dengan individu lelaki yang cuba membuktikan bahawa mereka masih mampu menarik perhatian kaum wanita pada usia sebelum tua. Dalam tempoh ini, pelbagai masalah hubungan keluarga boleh berlaku seperti ketidaksetiaan mahupun perceraian. Selain itu, ia juga dianggap usia berbahaya kerana terdapatnya kecenderungan bekerja keras yang keterlaluan, berfikir secara berlebih-lebihan atau mengamalkan cara hidup tidak seimbang atau tidak sihat, sedangkan individu dewasa pertengahan mempunyai keadaan fizikal yang tidak mengizinkan. Sebagai kesannya, individu mudah terdedah dengan pelbagai penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi dan sebagainya. Disamping itu, individu peringkat ini juga terdedah kepada masalah mental yang serius jika tidak dapat mengawal dan mengimbangi masalah atau konflik dari dalam diri dengan keadaan usia mereka.



‘GENDER CROSSOVER EFFECT’
Kajian menunjukkan lelaki pada umur 55 tahun kurang aktif tetapi perempuan berubah dari pasif kepada aktif dari segi penyelesaian masalah. Dalam kata yang lain, lelaki muda mengunakan kekuatan atau paksaan kepada personalitinya untuk memanipulasi orang atau benda lain bagi mencapai matlamatnya. Tetapi, pada usia pertengahan, mereka berubah menjadi lebih kepada psikologi untuk memanipulasi, mempengaruhi atau memujuk untuk mendapatkan keinginan mereka. Proses ini adalah terbalik pada wanita. Hal ini kerana wanita didapati begitu asyik dengan tugas dan peranannya dalam menjaga dan membesarkan anak-anak semasa lewat remaja dan awal dewasa. Manakala lelaki pula lebih fokus pada saingan untuk memberikan yang terbaik untuk keluarganya. Apabila masa berlalu, lelaki menjadi lebih lebih bebas untuk relaks dan meneroka sisi feminin mereka dan begitu juga sebaliknya.




Bagi seorang pengkaji, Robert Peck, beliau telah menambah baik idea Erikson tentang konsep generativiti yang dibangunkan semasa dewasa pertengahan ini. Peck menyatakan bahawa semasa usia pertengahan ini, individu lebih fokus kepada mencapai sesuatu yang lebih sihat berbanding apa yang dikatakan Erikson tentang generativiti. Fokusnya meliputi;

1. ‘Valuing Wisdom versus Valuing Physical Powers’
• Kekuatan fizikal yang semakin berkurang, daya tarikan fizikal juga semakin berkurang. Jadi, semua ini tidak lagi jadi ukuran untuk kompetensi. Individu perlu belajar cara untuk menghargai pengetahuan mereka melalui pengalaman atau dengan kata lain menggunakan lebih pemikiran berbanding fizikal mereka.

2. ‘Socializing versus Sexualizing in Human Relationship’
• Pengalaman mengalami menopaus atau klimakterik. Manusia harus menilai semula hubungan mereka dengan maksud mereka harus menekankan prinsip ‘teman’(companionship) dan bukannya isu seksual semata-mata.

3. ‘Cathetic(emotional) Flexibility versus Cathetic Impoverishment’
• Mereka yang melalui usia dewasa pertengahan ini menyedari sesuatu tentang tolak-ansur emosi mereka. Mereka belajar bagaimana menunjukkan atau menyalurkan emosi mereka terhadap seseorang atau sesuatu seperti melihat rakan dan keluarga mereka meninggal, anak-anak meninggalkan rumah, pencen dan sebagainya.

4. ‘Mental Flexibility versus Mental Rigidity’
• Mereka yang berada dalam lingkungan usia pertengahan ini harus berperang dengan rasa kecukupan pengetahuan mereka. Kecukupan pengetahuan ini bermaksud mereka menolak idea-idea baru, penyelesaian dan alternatif. Ini adalah sifat-sifat mental yang rigid. Contohnya dengan menyatakan “Saya tidak fikir kenapa saya perlu ubah cara saya.”

Dari perspektif Levinson pula, beliau menyatakan bahawa transisi usia pertengahan adalah berhubung dengan persoalan personaliti dan konsep kendiri yang berubah semasa usia pertengahan ini. Ia juga menyatakan bahawa usia ini adalah satu titik perubahan yang besar dalam perkembangan personal. Ini akan menambahkan pengalaman seseorang itu dan mendedahkan mereka pada banyak perkara. Levinson juga percaya bahawa hidup pada usia pertengahan umur dirasakan seperti ditampar oleh realiti untuk menyedarkan mereka pada banyak perkara. Pengalaman mendesak manusia supaya memenuhi tuntutan dan rancangan; perkahwinan, pekerjaan, kepuasan sendiri, penguasan materi dan lain-lain. Transisi pertengahan usia juga dikatakan sebagai sebuah cermin yang dilihat memantulkan imej mereka yang sebenar. Mereka cenderung untuk berkelakuan lebih positif bagi menentukan bahawa segala yang tidak elok yang terpapar dalam cermin itu akan berubah berbanding ‘memecahkan’ cermin itu. Contohnya. Seseorang lelaki akan melihat dirinya sebagai seorang yang gila kerja kerana kesungguhannya sendiri untuk mencapai matlamat tertentu dalam kehidupannya. Kemudian baru dia sedar yang dia terlalu tumpukan kerjaya hingga mengabaikan perhubungan. Jadi, dia akan tersedar bahawa cara hidup dia tidak menjanjikan kebahagiaan yang dia mahukan. Nampak seperti sedikit mengecewakan tetapi, hal ini ada membawa kesan positif di mana ini merupakan satu langkah untuk berubah dan mencari kebahagiaan masa hadapan.

Ramai individu yang menyedari pada usia pertengahan ini mereka telah menstrukturkan hidup mereka, gaya kognitif ataupun strategi penyelesaian masalah mereka menjadi bertambah baik berbanding sebelumnya. Sesetengah pakar terapi percaya bahawa usia pertengahan memberi peluang kedua untuk memperbaik semula kehidupan. Bagi sesetengah orang pula, ini bermaksud untuk belajar dan berubah gaya pemikiran dan cara mereka bertindak. Terdapat juga enam jenis kelakuan biasa yang dikenalpasti merosakkan perhubungan dalam meniti usia dewasa pertengahan ini;

1. ‘Perfectionism’
• Beranggapan atau berekspektasi bahawa setiap orang dan setiap perkara harus bersifat sempurna.

2. ‘Caretaking/Rescuing’
• Melihat sejauh mana dia melakukan sesuatu untuk orang lain.

3. ‘People-Pleasing’
• Bertindak dengan berapa banyak ‘approval’ yang didapati daripada orang lain dan seterusnya mencorakkan tingkahlaku melaluinya.

4. ‘Martyrdom’
• Kerelaan untuk menderita dan mengalami kesakitan emosi dalam hubungannya.

5. ‘Workaholism’
• Terlalu fokus kepada sesuatu aktiviti. Contohnya pekerjaan.

6. ‘Tap-Dancing’
• Kebolehan untuk berad dalam keadaan tidak ada komitmen atau tidak ada kaitan dengan sesiapa atau apa-apa sekalipun.
• Individu yang membina perhubungan jenis ini adalah individu yang mengelak daripada komitmen dan menolak tanggungjawab.

Dengan melihat kepada paten-paten ini, mereka dapat berusaha untuk mengubah diri mereka untuk menjadi lebih baik. Untuk melakukannya, mereka memerlukan sokongan dan bantuan seperti psikoterapi, kumpulan sokongan dan lain-lain.



TRANSISI PERTENGAHAN USIA DIKALANGAN LELAKI.

Perlu dinyatakan di sini bahawa kajian-kajian dalam bidang ini(perkembangan) pada peringkat dewasa pertengahan lebih banyak dilakukan ke atas lelaki berbanding wanita. Mungkin terdapat campurtangan faktor peranan sosial dan dominasi lelaki sebagai tunjang keluarga dengan tanggungjawab yang lebih besar berbanding wanita. Jadi, di sini dinyatakan serba sedikit tentang transisi-transisi yang terlibat pada usia pertengahan ini berdasarkan skema Levinson;

1. Transisi Pertengahan (usia 40-45)
• Tahap ini dikenalpasti sebagai penghubung antara dewasa awal dengan dewasa pertengahan.
• Manusia mula mempersoalkan tentang segalanya yang berkaitan dengan kehidupan mereka.
• Kadangkala, reaksi mereka melibatkan ekspresi emosi yang kuat dan kelakuan yang tidak rasional.
• Hal ini adalah kerana kekecewaan mereka kerana persoalan-persoalan hidup yang perlu mereka nilai semula dan berikan jawapan untuk setiap satunya.
• Tahap ini adalah sesuatu yang baik agar mereka dapat menilai semula dengan realistik terhadap halatuju mereka dalam kehidupan.
• Pencapaian yang terbaik pada tahap ini adalah mereka boleh menerima diri mereka dan orang lain dengan perubahan-perubahan yang mereka hadapi.

2. Struktur Awal Kehidupan (45-50 Tahun)
• Tahap ini muncul hasil daripada penilaian pada kehidupan dalam tahap sebelumnya.
• Bagi mereka yang berjaya melakukan rancangan dengan baik, ia akan mempengaruhi cara penilaian semula mereka dan mereka yang tidak berjaya akan terus hidup dalam kehidupan mereka yang tetap dan membosankan.

3. Transisi Umur 50 (50-55 Tahun)
• Ia juga boleh dikatakan sebagai peluang kedua untuk menstrukturkan semula kehidupan.
• Lelaki yang tidak merasa tertekan dengan transisi usia mereka akan mengalami saat-saat yang sukar pada tahap ini.

4. Struktur Hidup Pengakhiran
• Tahap ini adalah tahap dimana individu melihat atau meletakkan sentuhan terakhirnya dalam menstrukturkan kehidupan mereka.

5. Transisi Dewasa Akhir
• Tahap ini adalah dimana individu-individu memperkukuhkan persiapan mereka untuk menempuh usia tua mereka.
• Ianya meliputi perancangan untuk persaraan, menyelesaikan masalah kewangan dan ia juga menjurus ke arah penutupan kerjaya masing-masing.

KOGNITIF DEWASA PERTENGAHAN.

Kognitif individu dewasa pertengahan adalah lebih kurang sama dengan tahap kognitif dewasa permulaan serta tahap kognitif dewasa akhir. Perbezaan yang wujud dikatakan kurang ketara kerana tahap dewasa pertengahan adalah suatu tahap yang berkesinambungan dengan tahap dewasa yang lain. Kita boleh membicarakan tentang kognitif dewasa pertengahan dari segi daya berfikir, daya ingatan serta tahap kebolehan yang berada pada tahap umur dewasa pertengahan.


i. Daya fikir

Apabila berada pada tahap umur dewasa pertengahan, seseorang individu berada pada Tahap operasi normal (formal operation) yang stabil di mana individu ini lebih memahami logic dan konsep-konsep abstrak yang menjadi asas kepada sains, metametik, etika, politik, keagamaan dan lain-lain. Individu ketika berumur pada tahap ini mampu berfikir secara lbih mantap serta tersusun dengan mengambil kira pelbagai aspek. Individu yang berada paa tahap ini juga lebih peka terhadap perubahan dan rangsangan yang belaku terhadap dirinya dan persekitarannya.


ii. Daya ingatan

Jika dibuat perbandingan antara individu dewasa dan kanak-kanak, ternyata kanak-kanak mempunyai daya ingatan yang lebih berkesan dan lebih lama. Terdapat pelbagai andaian yang boleh dibuat terhadap fenomena ini. Antaranya individu dewasa mempunyai lebih banyak tanggungjawab serta kepentingan yang perlu dijaga bebanding kanak-kanak yang menyebabkan individu dewasa kurang peka terhadap suatu rangsangan yang kecil yang diabaikan kerana tiada kepentingan kepada dirinya.

Terdapat dua jenis daya ingatan:-

a) Daya ingatan jangka pendek.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini individu dewasa kurang peka terhadap
suatu rangsangan yang kecil yang diabaikan kerana tiada kepentingan kepada dirinya.
Keadaan ini menyebabkan individu dewasa pertengahan mempunyai daya ingatan
jangka pendek yang kurang berbanding individu yang lebih muda darinya. Ini
menjelaskan kenapa ingatan jangka pendek menjadi semakin kurang dengan
peningkatan umur seseorang individu.

b) Daya ingatan jangka panjang.

Berbeza pula bagi daya ingatan jangka panjang, ianya adalah bertentangan dengan
daya ingatan jangka pendek yang semakin kurang dengan peningkatan seseorang
individu. Individu pada tahap umur dewasa prtengahan mempunyai daya ingatan janka
panjang yang semakin bertambah baik. Kebiasaannya ingatan jangka panjang adalah
berkaitan dengan kepakaran serta kebolehan tersendiri yang dimiliki oleh seseorang
individu.


iii. Tahap kebolehan.

Tahap kebolehan seseoang individu semakin bertambah baik dengan peningkatan umur. Individu pada tahap umur dewasa pertengahan mempunyai tahap kebolehan yang semakin mantap dan terperinci, terutama dengan kebolehan dan keistimewaan seseorang individu. Individu pada tahap dewasa pertengahan semakin berkebolehan menggunakan logic,nsemakin berkebolehan dalam menyampaikan hujah serta bertambah kesedaran terhadap kepentingan masyarakat.

PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN FIZIKAL DEWASA PERTENGAHAN

Lazimnya tanda-tanda penuaan akan mula kelihatan apabila umur semakin meningkat dan ia jelas kelihatan pada perubahan fizikal seseorang. Perubahan-perubahan fizikal yang berlaku adalah seperti berikut:

• Uban dan keguguran rambut
Rambut akan mula beruban bila mencapai dewasa pertengahan dan ia menjadi semakin banyak. Keguguran rambut juga menjadi semakin kerap. Rambut mula menipis dan jarang.

• Kulit berkedut
Kulit akan mula berkedut dan tidak licin lagi berbanding sewaktu muda bagi orang yang mencapai dewasa pertengahan.

• Menopause dan ‘Climectrium’
Perempuan akan berhenti haid apabila capai umur dewasa pertengahan manakala lelaki pula akan mengalami perubahan pada daya tarikan seksual mereka. Perubahan ini memberi impak yang besar terhadap emosi individu dewasa pertengahan ini.

• Osteoporosis,gigi palsu
Pada tahap dewasa pertengahan, tubuh badan memerlukan kalsium yang tinggi tetapi berikutan usia yang semakin meningkat, ia semakin sukar diserap.Kekurangan kalsium akan menyebabkan individu dewasa pertengahan mengalami masalah seperti gigi yang mudah mereput dan meningkatkan kecenderungan penggunaan gigi palsu .Disamping itu, osteoporosis akan menyerang orang yang mencapai dewasa pertengahan terutamanya kaum wanita berbanding lelaki

• Ingatan merosot
Ingatan akan mula merosot apabila mencapai tahap dewasa pertengahan berikutan sel-sel neuron yang semakin berkurangan. Keadaan ini akan memberi kesan terhadap kehidupan harian seperti terlupa perkara-perkara penting mahupun sampingan, contohnya tidak dapat mengingat nombor telefon, tarikh-tarikh penting dan sebagainya.

• Penyakit lain
Penyakit mudah menyerang jika tidak menjaga badan dengan baik dari muda,seperti diabetes, kegemukan, sakit jantung,gout, penyakit Parkinson, dementia dan lain-lain.Organ badan mula merosot dan tidak berfungsi dengan baik.

Monday, January 29, 2007